Laman

Selasa, 28 Oktober 2014

HIJRAH RASULULLAH MUHAMMAD

[AL-HIJRAH]

*BEDA PERIODE MAKKAH DAN MADINAH*

 Al-Hijrah itu bukanlah Artinya melepaskan diri dari fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata,
malah ianya merupakan (perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah
masyarakat baru disebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian maka menjadi satu
kefardhuan dan kewajiban ke atas setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga
untuk membina watan/negara baru, seterusnya mengorbankan seluruh tenaga; dan daya upayanya
untuk mempertahankan, menjaga keutuhannya dan mengangkat prestasi martabatnya.
Tidak syak lagi, Rasulullah itu sebagai imam pemimpin, ketua dan petunjuk ke arah pembinaan
masyarakat berkenaan, pada Baginda teraju pengendalian, semuanya terserah penuh tsiqah
dan keyakinan. Entiti al-Madinah yang ada di hadapan Rasulullah terdiri dari tiga kelompok, tiap
satu dengan ciri-cirinya yang berbeda dari yang lain. Baginda menghadapi tiap-tiap kelompok ini
dengan cara yang berasingan. Tiga kelompok ini ialah:
1. Para sahabatnya yang termulia (r.anhum)
2. Al-Musyrikun iaitu mereka yang masih belum ' memeluk Islam, mereka merupakan teras
kabilah- kabilah di Madinah.
3. Kaum Yahudi.
Permasalahan yang dihadapi terhadap sahabatnya ialah suasana baru di Madinah yang sedang
mereka hadapi yang amat berbeda dari suasana di Makkah. Mereka di Makkah berada dalam
satu komuniti yang padu, menuju kepada satu matlamat secara bersama, meskipun kediaman
mereka berselerak di sekitar Makkah, tertindas, menjadi buruan dan hina, mereka tidak berdaya
sedikit pun, malah musuh-musuh mereka berkuasa ke atas mereka, kaum muslimin tidak
berkesempatan langsung untuk menegakkan sebuah masyarakat baru Islam, dengan elemen-elemen
yang sedia ada yang biasanya diperlukan oleh mana-mana masyarakat insani di dunia
ini, untuk itu maka kita mendapati ayat-ayat al-Quran peringkat Makkah menumpukan kepada
pencerakinan prinsip-prinsip pokok Islam dan perundangan yang mampu dilaksanakan oleh
setiap individu secara bersendirian di samping suruhan-suruhan untuk melakukan kebaikan dan
akhlak mulia, menjauhi dari segala sifat tercela dan terkeji.
Sedangkan di Madinah pula kaum muslimin berkuasa sejak dari awal hijrah lagi, dan tidak ada
siapa pun yang mengatasi mereka, artinya sudah sampai ketikanya untuk mereka menangani permasalahan hidup dan
ekonomi, permasalahan politik dan pemerintahan, permasalahan keimanan dan peperangan,
penyaringan yang mantap di antara permasalahan halal dan haram, peribadatan dan akhlak
dan seluruh permasalahan hidup.
Kini sudah tiba masanya untuk mereka membangunkan masyarakat baru. Masyarakat Islam
yang amat berbeda dari masyarakat Jahiliah, di dalam semua aspek penghidupan, dengan
perbedaan yang unik dari masyarakat-masyarakat manusia yang pernah ada di alam ini.
Masyarakat yang mengambarkan perwatakan dakwah Islamiah yang telah mengalami pelbagai
mihnah/penyimpangan, penyiksaan dan sengsara selama sepuluh tahun.
Bukan rahsia lagi bahwa pembentukan mana-mana masyarakat dengan coraknya ini tidak
akan tertegak dalam tempo satu hari, sebulan, setahun, malah prosesnya melalui zaman
berzaman, di samping
pembekalan ilmu pengetahuan yang secukupnya, disusuli dengan latihan-latihan dan
pentarbiahan yang berperingkat-peringkat, dalam semua hal ini Allah jua yang menjaminkan
bekalan tasyrik ini, sedang Rasulullah pula sebagai peribadi yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan, memberi tunjuk arah, serta pendidikan yang rapi ke atas kaum muslimin sejajar
dengan arahan Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar